fiqh ibadat dan munakahat
by nurulhuda13, 2 years ago

nurulhuda13 created this presentation about fiqh ibadat dan munakahat on 11-29-2013. Feel free to share this on Twitter, Facebook or LinkedIn using the links above. 'like' this presentation so you can find it again later (like a favourite). Start a conversation with the author by adding your comments on the comment tab.

License
CC0
Categories
Tags
Transcript
  • PEMBAHASAN TENTANG TIDAK WAJIB HUKUMNYA UNTUK MENYAMAKAN (ADIL) DI ANTARA PARA ISTERI DALAM HAL PERASAAN CINTA DAN KASIH SAYANG DARI HATI, SERTA YANG BERKAITAN DENGAN SYAHWAT
  • DISEDIAKAN OLEH
  • NURULHUDA BINTI ABDULLAH
  • A144908
  • Dalam hal ini ia berkaitan dengan masalah persetubuhan, dan kecenderungan hati kerana hal seperti ini merupakan hal yang berkaitan dengan memilih seseorang yang mana diikuti oleh keinginan naluri dan ketertarikan serta syahwat yang lebih terhadap salah seorang dari para isteri.
  • Hal ini telah dijelaskan dalam Surah al-Nisa’ ayat 129 yang bermaksud:”Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara para isteri mu walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai)…”
  • Soalan?
  • Apakah seorang isteri berhak untuk menuntut penceraian dari suaminya?
  • Jika isteri mengajukan penceraian dari si Suami apakah hakim akan menetapkan serta memberikan denda tertentu atas tuntutan penceraian dari si Isteri?
  • Apakah si Isteri berhak untuk melaporkan bahawa si Suami selalu menggunakannya jika hal itu membahayan dirinya?
  • Apakah hakim akan memutuskan dan menetapkan jumlah tertentu untuk denda dari tuntutan penceraian yang diajukan oleh si Isteri?
  • Menurut Mazhab Hanafi :
  • Permasalahan yang berkaitan dengan hubungan suami isteri iaitu dalam persetubuhan, maka seorang isteri tidak dapat untuk menuntut atau meminta hal tersebut untuk dilakukan oleh Suami kepadanya kecuali hanya sekali sahaja.
  • Mungkin sahaja Suami harus melepaskan isterinya itu, dan jika tidak, bererti ia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang berdosa.
  • Sebahagian Mazhab Hanafi berpendapat, bahawasanya Suami harus memutuskan untuk menunaikan atau melunasi kewajipannya sebelum melapaskan isterinya.
  • Walaubagaimanapun, suami wajib untuk menyutubuhi isterinya selama beberapa waktu serta menurut kepada keputusan dari hakim dalam menentukan jangka waktu yang cukup bagi si Suami untuk melepaskan isterinya dan ini merupakan pendapat yang hasan.
  • Jika siteri tersebut melaporkan bahawa suaminya selalu menggunakannya maka suami tersebut dianjurkan untuk tidak menyetubuhinya di luar kemampuan si Isteri, dan tidak dapat ditentukan dengan hitungan jumlah hakim sahaja dapat menyampaikan pendapat yang ia rasa bahawa pendapatnya itu sanggup dilakukan oleh si isteri.Hal ini kebanyakannya kembeli kepada kesihatan serta postur tubuh si isteri
  • Permasalahan ini lebih baik jika suami menyerahkannya mengikut kemampuan isteri tersebut untuk diperiksa oleh dua orang wanita yang lebih dewasa dan beperngalaman seperti doktor.
  • Mereka ini akan menjelaskan kepada pasangan suami isteri akan lebih jelas mengenai masalah yang mereka alami terutama kepada si Suami tersebut.
  • Pendapat Mazhab Maliki:
  • Jika salah satu daripada isterinya selalu ditinggalkan dan tidak disetubuhi oleh suami tersebut, maka kes ini dapat diajukan kepada hakim tersebut untuk supaya dapat memutuskan serta mewajibkan kepada suami agar bersama isterinya selama satu malam bagi setiap empat hari.
  • Sekiranya si Suami melaporkan bahawa masa yang diperuntukkan untuk bersama dengan isterinya adalah terlalu sikit, @ Si isteri mengajukan bahawa suaminya telah banyak menggunakannya lebih dari isteri yang lain,maka keputusannya diambil adalah seberapa lama ia mampu untuk melayani si Suami dan ini merupakan pendapat yang sohih.
  • Pandangan Mazhab Hanbali:
  • Tidak wajib bagi suami tersebut untuk membahagi rata yakni adil diantara para isteri dalam persetubuhan begitu juga dengan mukaddimah persetubuhan hingga ke akhirnya.
  • Yang diwajibkan atas seorang suami adalah agar ia menyetubuhi siterinya sekali dalam waktu atau setiap empat bulan jika hal tersebut tidak ditentukan dengan jumlah tertentu.
  • Jika si Suami tidak menyetubuhi isterinya dalam tempoh empat bulan,maka hakim dapat untuk memisahkan atau menceraikan mereka berdua.
  • Pandangan Mazhab Syafi’e:
  • Tidak wajib hukumnya bagi suami untuk memberi pembahagian yang sama rata terhadap isterinya dalam hal pelayanan jima’ atau persetubuhan.
  • Seorang isteri tidak memiliki hak untuk meminta si Suami agar menyetubuhinya .Hal ini kerana apa?? Kerana akad nikah yang dilaksanakan antara suami isteri merupakan bukti bahawa si Suami akan menikmati ataupun bersenang-senang dengan isteri yang ia nikahinya.
  • Hak untuk menyetubuhi atau melakukan jima’ tersebut berada atau menjadi hak dari seorang suami.
download embed share
More from nurulhuda13